Ragam kewujudan Kalium

Kalium merangkumi 2.4% berat kerak Bumi dan merupakan unsur ketujuh paling berlimpah di dalamnya. Oleh kerana ia amatlah elektropositif, unsur kalium sukar diperoleh daripada mineral nya.

Garam kalium seperti kalanit, langbeinit, polihalit, dan silvit dijumpai pada tasik purbakala dan dasar laut. Mineral ini membentuk longgokan besar-besaran pada persekitaran-persekitaran ini, membuatkan penyarian kalium dan garam-garamnya lebih berdaya maju. Sumber utama kalium, potasy, dilombong di California, Jerman, New Mexico, Utah, dan lain-lain tempat di dunia. 3000 kaki di bawah permukaan Saskatchewan terdapt longgokan besar potasy yang merupakan sumber penting unsur ini dan garam-garamnya, dan terdapat beberapa lombong besar sudah beroperasi semenjak 1960-an. Saskatchewan menjadi perintis kepada penggunaan pembekuan pasir basah (pembentukan Blairmore) untuk memandu syaf lombong menerusinya. Lihat Syarikat Potasy Saskatchewan. Lautan merupakan satu lagi sumber kalium, tetapi kuantiti yang hadir pada isipadu tertentu air laut adalah kurang berbanding dengan natrium.

Kalium boleh diasingkan melalui elektrolisis hidroksida dalam sejenis proses yang berubah sangat sedikit semenjak zaman Davy. Kaedah terma juga digunakan dalam penghasilan kalium, menggunakan kalium klorida. Kalium tidak pernah dijumpai dalam bentuk unsur bebas dalam alam semula jadi.

Lihat juga Mineral kalium.